Natasha Hudson mulakan hidup baharu di Kelantan

Iklan
Pelakon, Natasha Hudson

PELAKON, Natasha Hudson memberitahu dia kini sudah memulakan hidup baharu di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, perpindahan ke negeri Cik Siti Wan Kembang awal November lalu adalah untuk mencari suasana baharu.

"Berpindah atau berhijrah ke tempat baharu adalah perkara yang terbaik untuk saya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson dan suami sudah berpisah]

"Tiada yang pelik jika anda merasakan segalanya tepat berdasarkan perancangan-Nya.

"Saya sudah cukup dengan kehidupan di bandar. Jadi, tiada yang lebih membuatkan saya bersyukur untuk memulakan hidup baharu di sini.

"Bila kita redho, entah macam mana atau ia seperti ada emas dalam hati ini," coretnya di Instagram.

Bagaimanapun, untuk tempoh berapa lama tidak diberitahu secara terperinci.

Iklan
Iklan