PRK Gerik: Bersatu sambut baik cadangan DAP

Iklan
Ahmad Faizal Azumu

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik cadangan DAP supaya parti lain tidak meletakkan calon untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Isnin lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, cadangan dikemukakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu sesuatu yang boleh diterima pada ketika negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Saya fikir ia satu pandangan yang boleh diterima dalam keadaan kita jaga kita. Kita cuba elakkan berlakunya pilihan raya kerana sebab akan ada usaha kempen dan sebagainya yang boleh mengakibatkan penularan wabak ini secara berterusan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Menteri Besar Perak itu berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan lanjut antara UMNO, Bersatu dan Pas berhubung perkara itu.

Iklan

Katanya, semua isu berkaitan PRK dan calon bertanding di kerusi terbabit akan dibincangkan secara muafakat antara ketiga-tiga parti berkenaan.

"Bersatu sentiasa akan berpakat dengan UMNO dan Pas sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya.

Iklan

Terdahulu, Ahmad Faizal menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) dan Sekreteriat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama Syarikat redONE Network Sdn Bhd menerusi inisiatif 'Rakan Niaga Telco'.

Ahmad Faizal pada sidang akhbar hari ini.

Dalam laporan media semalam, Guan Eng menyarankan semua parti memberi laluan menang tanpa bertanding kepada UMNO di Parlimen Gerik kerana menyifatkan PRK yang bakal berlangsung di situ boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam berikutan Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng saran hanya UMNO letak calon di Gerik

Kerusi Parlimen Gerik kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman akibat serangan jantung, Isnin lepas.

Hasbullah yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik menjadi ahli Parlimen sejak tahun 2013 sehingga kini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Allahyarham memperoleh 13,243 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Dahalan Ismail dari Pas dan Ibrahim Mohd Hanafiah (Bersatu).