Dewan Rakyat kemuka kekosongan kerusi Parlimen Gerik

Iklan
Azhar Azizan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah mengemukakan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P 054, Gerik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematiannya penyandangnya, Isnin lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataannya berkata, pemberitahuan kepada SPR itu dibuat hari ini selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Oleh yang demikian, SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari," katanya.

Dalam pada itu, Azhar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Hasbullah Osman.

Iklan

Hasbullah, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik disahkan meninggal dunia jam 7 petang, Isnin lalu di Hospital Raub, selepas mendapat serangan jantung kira-kira jam 6.30 petang semasa berada di dalam kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Iklan