Pertikai lantikan Yadim: Zamihan akan kemuka 50 sebab

Iklan
Zamihan Mat Zin

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jaamah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin, akan mengemukakan 50 sebab bagi menjawab tindakannya mengkritik pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Menurut Zamihan, jawapan secara bertulis itu akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku majikannya pada 7 Februari ini, selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Saya sudah bersedia dengan 50 jawapan bagi membalas segala tindakan menegur pelantikan politik di dalam Yadim . Saya anggap demi kebaikan agama dan juga bangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Yadim: Lantik ahli politik undang masalah

Iklan

"Jadi, saya serahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa tatatertib (Jakim) untuk menilai segala jawapan yang akan saya serahkan nanti dan saya juga bersedia untuk berdepan dengan hukuman yang akan dikenakan jika benar saya melakukan kesalahan.

"Saya juga ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka kepada media atas kapasiti penjawat awam (pegawai Jakim), tetapi ia merupakan satu perkongsian pandangan selaku pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Aswaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Iklan

Menurut Zamihan lagi, beliau juga sedia untuk membuat dialog atau muzakarah secara ilmiah dan profesional dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sekiranya 50 jawapan itu tidak diterima.

"Saya sedia untuk bersemuka dengan beliau untuk berdialog dan mencari solusi kepada perkara yang saya bangkitkan (pelantilan ahli politik di dalam Yadim).

"Ini kerana, kritikan yang saya buat itu adalah untuk melihat badan dakwah itu bebas daripada pengaruh politik, bukan sebab saya hendak jawatan di dalam Yadim atau projek untuk syarikat milik saya.

"Tetapi saya mahukan Yadim ini betul-betul bebas dan tiada orang yang akan mempersoalkan fungsi dan kuasa Yadim selepas ini,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga bersedia untuk menerima apa sahaja tindakan yang akan dkenakan ke atasnya, asalkan tanggungajawab menegur sesuatu yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku di dalam Yadim telah pun dilaksanakan.

"Jika ALLAH menentukan takdir dan rezeki saya hanya setakat itu. Saya reda dan terima,” katanya.

Terdahulu, Zamihan atas kapasitinya sebagai Presiden Aswaja mendesak kerajaan PH tidak melacurkan ‘institusi ‘agama Islam demi kepentingan politik'.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelantikan Yadim: Apa sudah jadi, tanya Zamihan

Pelantikan Yadim: 'Zamihan akan jawab surat tunjuk sebab’

Desakan itu dibuat selepas tidak berpuas hati dengan lantikan dalam agensi dakwah itu diisi oleh ramai ahli npolitik kerajaan, selain pelantikan Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali.

Susulan tindakannya itu, Jakim mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Zamihan dan perlu menjawabnya dalam tempoh 7 hari atas alasan penjawat awam tidak seharusnya mempertikaikan dasar kerajaan.

Sebelum itu, Mujahid dilaporkan telah memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak mempertikaikan lantikan tersebut.