PH pastikan rakyat Terenganu tak tersisih

Iklan
Raja Kamarul beramah mesra bersama sebahagian ahli Pakatan Harapan yang turut hadir ke Majlis Silaturahim Pakatan Harapan Terengganu, Dewan Gamelan 3, Hotel Primula, Batu Buruk, di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU - PH Terengganu akan memastikan rakyat negeri ini tidak tersisih daripada perhatian Kerajaan Pusat.

Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, pihaknya kini dalam usaha menyedarkan rakyat negeri ini agar turut merasai kesinambungan pemerintah kerajaan hari ini di peringkat negeri.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, semenjak memegang jawatan berkenaan, ada beberapa wakil rakyat dari negeri ini datang berjumpa untuk berbincang berkaitan masa depan rakyat di sini.

"Mereka pada awalnya menyangka kami akan menyisihkan rakyat negeri ini tetapi itu tidak benar sama sekali, semuanya tidak timbul dalam konsep Malaysia Baharu hari ini.

Iklan

"Malah, Dr Mahathir pernah memberitahu saya, apa yang Terengganu berhak akan diberikan dan sudah tentu saya sendiri dari negeri ini tidak mahu kita ketinggalan.

"Jadi, kalau ada apa-apa peruntukan perumahan dan sebagainya, jika Terengganu layak mengikut peruntukan dan perlembagaan, kita akan memberi perhatian sebaik mungkin," katanya pada sidang media selepas Majlis Silaturahim Pakatan Harapan Terengganu, Dewan Gamelan 3, Hotel Primula, Batu Buruk, di sini, hari ini.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi PH Kuala Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad.

Raja Bahrin berkata, pihaknya akan memastikan Terengganu perlu diberi keutamaan memandangkan negeri ini masih antara empat negeri termiskin hari ini.

"Meskipun hampir 45 tahun negeri ini memiliki hasil minyak dan gas tetapi senario tersebut (kemiskinan) tidak pernah berubah.

"Selain itu, potensi anak-anak negeri ini untuk maju menjadi profesional dan mempunyai kerjaya yang lebih tinggi pencapaiannya tidak tercapai.

"Walaupun keputusan peperiksaan sering merekodkan kecemerlangan hampir 40 tahun, tetapi hanya terhenti di peringkat sekolah sahaja, dan masalah ini akan diteliti serta cuba diselesaikan," katanya.

Sementara itu, Raja Bahrin berkata, seandainya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilaksanakan juga, manfaat sangat terhad kerana bilangan pengguna dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur tidak tinggi permintaannya.

"Bila kita teliti semula, manfaat yang diperolehi tidak berbaloi dengan perbelanjaan yang akan dikeluarkan nanti.

"Saya rasa keputusan kerajaan untuk kaji balik projek tersebut, bukan untuk menyisihkan mana-mana daerah tetapi kita perlu lebih praktikal untuk belanja duit rakyat," katanya.