Argentina mampu kembali digeruni

Iklan
Messi

PENYERANG Argentina, Lionel Messi menyifatkan pasukan Amerika Latin itu mampu kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni selepas menampilkan persembahan konsisten termasuk ketika menundukkan Peru 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Estadio Nacional.

Menurutnya, persembahan Argentina juga sudah semakin meningkat dan jika konsisten mampu menjadi pencabar pasukan lain dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Seronok dengan kemenangan ini.Sejak awal-awal lagi kami menampilkan permainan yang menarik jadi jaringan dapat dilakukan selain kami juga mencipta banyak peluang.

"Babak kedua dalam perlawanan lalu sebenarnya bagus dan saya rasa hari ini kami meneruskan rentak yang sama, bahkan menaikkan tahapnya sedikit.

Iklan

"Saya rasa inilah pendekatan yang perlu kami lakukan. Sedikit demi sedikit kami menjadi lebih bagus sebagai sebuah pasukan," katanya.

Bintang Barcelona itu membuat penampilan ke-142 bersama pasukan kebangsaannya sekali gus menyamai rekod dilakukan legenda Brazil, Cafu sebagai pemain Amerika Selatan kelima terbanyak bermain di peringkat antarabangsa.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Nicolas Gonzalez dan Lautaro Martinez masing-masing meledak satu gol dalam separuh masa pertama untuk meraih kemenangan ketiga dalam empat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan (CONMEBOL).

Albiceleste memanjangkan rekod tanpa kalah mereka kepada 11 perlawanan dengan tiga daripadanya terhasil dalam kempen kelayakan dan ia rekod terbaik mereka sejak tahun 2000.