LIPIS - Dua pembantu jualan dikenakan kompaun RM1,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika memasuki sebuah bank di Kuala Lipis di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, wanita berusia 22 tahun dan lelaki berusia 21 tahun itu memasuki premis terbabit tetapi tidak mendaftar nama, tidak menyukat suhu badan dan tidak menggunakan cecair pembasmi kuman pada tangan.