Warga emas ditemukan mati dalam bilik air

Iklan
Anggota bomba membuka pintu sebuah rumah dan menemukan mayat seorang warga emas lelaki dalam bilik air di Taman Pelangi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas ditemukan sudah meninggal dunia di dalam tandas dalam sebuah rumah di Taman Pelangi di sini hari ini.

Difahamkan mangsa, Er Chiang Seng, 77, tinggal sendirian di rumah dua tingkat tersebut kerana keluarganya berada di Singapura.

Iklan
Iklan

Kejadian itu disedari jiran mangsa yang mendapati pintu belakang rumah terbuka dan melihat warga emas tersebut terbaring dalam tandas.

Jiran tersebut kemudian menghubungi pihak polis dan bomba pada jam 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan.

Iklan

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke rumah warga emas itu.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, pihaknya mendapati lelaki warga emas tersebut terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas.

Iklan

"Pemeriksaan yang dilakukan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi berkenaan tamat pada jam 11.29 pagi.