Umno pulang paku buah keras

Iklan
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Umno memulangkan paku buah keras kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mendakwa kejayaan PH memenangi PRU14 juga hasil kerjasama dengan parti rasis dan anti Islam, DAP.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengakui BN mampu mengalahkan PH di Parlimen Cameron Highlands.

Iklan
Iklan

"Terima kasih Tun Dr Mahathir kerana mengakui kami (BN) mampu kalahkan PH di Cameron Highlands.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M terdesak, kata Ketua Pemuda Umno

Iklan

"PH pun menang PRU14 kerana kerjasama dengan parti rasis dan anti Islam, DAP. Malah turut berjanji untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan yang pernah dikatakan tidak layak untuk jadi Perdana Menteri,” katanya sinis.

Semalam, Dr Mahathir berkata, kemenangan pembangkang mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands baru-baru ini disebabkan kerjasama di antara Pas dan ‘parti kafir’ yang dikenali sebagai Umno.

Iklan

Malah menurut beliau, gelaran kafir itu bukanlah datang daripada beliau sebaliknya ia diberikan sendiri oleh Pas suatu ketika dulu.

"Sebab mereka (pembangkang) menang, kita percaya kerana adanya gabungan di antara Pas dengan parti kafir Umno.

"(Gelaran kafir) itu pas yang kata, bukan saya. (Dulu mereka kata) Umno ni kafir, tapi sekarang dah bekerjasama dan dapatlah mereka mencapai kemenangan," katanya.