KUALA LUMPUR - Kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku lebih menyeluruh terutamanya pada waktu petang dan awal malam sepanjang fasa pertama Monsun Timur Laut, yang berlaku ketika ini hingga hujung Disember.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, ia melibatkan kebanyakan kawasan di negeri pantai barat Semenanjung meliputi Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta barat Sabah dan barat Sarawak.