Teliti permohonan ahli Amanah sertai Pas

Iklan
Abdullah Husin

JOHOR BAHRU - Pas Johor sedang meneliti permohonan keahlian baharu daripada ahli atau bekas ahli Parti Amanah Negara (Amanah) melibatkan beberapa kawasan di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Abdullah Husin berkata, beliau menyerahkan kepada Pas kawasan untuk melaksanakan tindakan seterusnya.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah permohonan yang dimaksudkan.

"Terbaru adalah di kawasan Bakri yang menerima dua ahli Amanah. Mereka sebelum ini merupakan aktivis Pas. Begitu juga di Kluang, Pagoh dan beberapa kawasan yang telah menerima permohonan tersebut.

Iklan

"Sebahagian daripada mereka telah diterima dan diluluskan oleh Pas Pusat dan sebahagian daripada mereka masih ditapis dan diteliti di peringkat Pas kawasan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdullah berkata, seperti mana dinyatakan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin sebelum ini, Pas bersedia menerima ahli Amanah yang insaf untuk kembali semula kepada parti itu, begitu juga dengan Pas Johor.

Iklan

Beliau berkata, Pas Johor tidak berkeberatan dan sentiasa membuka pintu kepada ahli Amanah untuk kembali atau menyertai Pas.