SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang telah dihenti tugas sebentar tadi susulan insiden pencemaran bau dikesan di muka sauk sekitar jam 7 petang.
Penutupan itu dimaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi yang menyatakan pencemaran bau itu adalah seakan solvent dan dikesan dengan bacaan satu ton.