Mati tertiarap tepi longkang

Iklan
Anggota polis mengangkat mayat untuk dihantar ke bahagian forensik Hospital Parit Buntar petang tadi.

BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditemui mati di tepi longkang dalam keadaan tertiarap di pekarangan rumah kedai di Taman Bagan Serai, di sini petang tadi.

Mangsa, M Muthu, 49, berasal dari Kampung Keramat, di sini meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemui orang awam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lebih kurang jam 2.49 petang, pihaknya menerima panggilan terdapat satu mayat lelaki dijumpai di Taman Bagan Serai, di sini.

"Siasatan awal tempat kejadian mayat dijumpai di dalam longkang dalam keadaan tertiarap.

Iklan
Iklan

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya kepada media di sini hari ini.