SHAH ALAM - Seorang chef tidak melepaskan peluang mencuba nasib untuk menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM60,000.
Menurut Khairul Amri Jannuri, 32, dia berminat untuk menyertai peraduan itu selepas membaca mengenai promosi pertandingan berkenaan menerusi akhbar Sinar Harian.Khairul berkata, dia juga tertarik dengan format dan konsep peraduan berkenaan yang memerlukan peserta meneka foto-foto disiarkan menerusi akhbar itu setiap minggu.
"Format disediakan penganjur sememangnya amat menarik, tambahan pula,hadiah yang ditawarkan juga berbaloi membuatkan saya teruja untuk mencuba nasib dalam peraduan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Khairul Amri berkata, sebelum ini dia tidak pernah menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak dan berharap percubaan kali pertamanya ini akan membuahkan hasil.
Ujar Khairul Amri, dia sememangnya mempunyai beberapa perancangan sekiranya memenangi hadiah wang tunai menerusi peraduan itu termasuk menghadiahkan kepada kedua ibu bapanya.
"Saya hanya cuba nasib manalah tahu cubaan kali pertama ini membuahkan hasil dan membolehkan saya menang hadiah utama ini,” katanya.
Akhbar Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai para pembaca dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.
Selain berpeluang meraih wang tunai, pembaca juga bakal memenangi hadiah-hadiah iringan dan saguhati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.
Peraduan berkenaan yang bertemakan Malaysia Indah berlangsung sejak 5 Oktober hingga 29 November ini.