Covid-19: Korban di AS melepasi 250,000

Iklan
AS kekal negara paling teruk diancam dengan korban dan kes paling tinggi di dunia, menyumbang lebih 18 peratus jumlah kematian global. - Foto 123RF

NEW YORK - Korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melepasi 250,029 orang pada Rabu dengan jumlah kes mencecah 11.4 juta, menurut Johns Hopkins University lapor Agensi Berita Xinhua.

New York melaporkan 34,173 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan angka korban diikuti Texas 20,147 manakala California, Florida dan New Jersey masing-masing mengesahkan lebih 16,000 kematian.

Iklan
Iklan

Di Illinois, Massachusetts, Pennsylvania dan Georgia pula virus maut itu sudah meragut lebih 9,000 nyawa.

AS kekal negara paling teruk diancam dengan korban dan kes paling tinggi di dunia, menyumbang lebih 18 peratus jumlah kematian global.

Iklan

Sebuah institut kesihatan di Universiti Washington meramalkan seramai 438,941 rakyat Amerika mungkin maut akibat Covid-19 menjelang 1 Mac 2021.

Pada Rabu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memutuskan untuk menutup sekolah kerajaan apabila bandar raya itu mencecah tiga peratus kadar kes positif dalam tempoh tujuh hari.

Iklan

Pakar turut memberi amaran perjumpaan keluarga semasa percutian sempena perayaan Thanksgiving boleh menyebabkan gelombang baharu jangkitan. - Bernama