LRA Rantau Panjang kembali operasi

Iklan
Pegawai LUAS sedang mengambil sampel air di LRA Rantau Panjang. Foto: Facebook LUAS

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas berikutan masalah pencemaran bau sebelum ini sudah beroperasi sepenuhnya pada jam 9.30 malam semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan LRA berkenaan kembali beroperasi semula selepas pihaknya mendapati pencemaran bau itu merekodkan bacaan 0 TON.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini," katanya.

Semalam, LRA Rantau Panjang dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau di kesan di muka sauk sekitar jam 7 petang.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pencemaran bau itu adalah seakan solvent dan dikesan dengan bacaan 1 ton.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran bau: LRA Rantau panjang dihenti tugas