Perak tak tolak darurat di Gerik

Iklan
Ahmad Faizal menunjukkan hasil tani sebagai gimik pelancaran Program Projek Khas Tani Covid-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH - Perak mengalu-alukan sekiranya perintah darurat turut dilaksanakan di Parlimen Gerik untuk mengelak pilihan raya kecil (PRK) diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman, Isnin lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu paling tepat agar semua pihak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha membendung penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin membarah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perihal politik buat masa ini bukan lagi menjadi keutamaan termasuklah dalam menentukan wakil rakyat baharu di kawasan kerusi yang menerima kekosongan luar jangka.

"Kalau ikut undang-undang, proses (pilihan raya) itu sememangnya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada notis kekosongan.

Iklan

"Tetapi kita juga perlu mengambil pengajaran daripada apa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah titahkan darurat di Parlimen Batu Sapi.

"Jadi saya fikir perkara sama mungkin berlaku di Gerik sama seperti di Sabah, jika tidak berlaku (darurat) maka kita perlu juga lalui proses demokrasi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Projek Khas Tani Covid-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong semalam bersetuju mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu yang sepatutnya diadakan pada 5 Disember depan.

Semalam Dewan Rakyat juga telah mengemukakan pemberitahuan kekosongan luar jangka kerusi Ahli Parlimen Gerik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, selaras Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Parlimen Gerik, Perak dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan SPR bahawa ada kekosongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

PRK Parlimen Batu Sapi batal: SPR

Dewan Rakyat kemuka kekosongan kerusi Parlimen Gerik