Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga tidak terkecuali berhadapan masalah kewangan terutamanya bagi SJKT yang mengalami situasi kekurangan murid.
Bagaimanapun, sikap rakyat Malaysia yang murah hati sedikit sebanyak membantu dilema kewangan yang dihadapi sesetengah SJKT.
Yang Dipertua (YDP) PIBG SJKT Tampin, S Seladoray berkata, di SJKT Tampin misalnya, daripada 287 murid di sekolah itu, masih terdapat 15 murid yang masih belum membuat bayaran yuran PIBG.
"Macam kita di SJKT Tampin ini sumbangan PIBG setahun RM50. Kita ada 287 murid. Hanya ada 15 murid sahaja lagi yang tak bayar,” katanya.
Bagaimanapun akui Seladoray, PIBG SJKT Tampin bernasib baik apabila mendapat bantuan beberapa dermawan.
"SJKT Tampin ini ada kelebihan kerana terletak di kawasan tumpuan di Tampin. Banyak dermawan yang mahu membantu. Jika ada murid yang betul-betul susah, kita boleh bagi nama pada wakil rakyat setempat dan yuran sumbangan PIBG akan dijelaskan.
"Kalau tidak wakil rakyat setempat, ada banyak dermawan termasuk Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) yang boleh menyumbang,” katanya.
Jelas Seladoray, sama seperti kebanyakan PIBG sekolah lain, perana PIBG di SJKT Tampin bertumpu kepada menjaga kedatangan murid ke sekolah, hal ehwal guru serta memastikan program seminar kecemerlangan buat murid dapat dilaksanakan dari tahun ke tahun.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga tidak terkecuali berhadapan masalah kewangan terutamanya bagi SJKT yang mengalami situasi kekurangan murid.
Bagaimanapun, sikap rakyat Malaysia yang murah hati sedikit sebanyak membantu dilema kewangan yang dihadapi sesetengah SJKT.
Seladoray berkata, di SJKT Tampin misalnya, daripada 287 murid di sekolah itu, masih terdapat 15 murid yang masih belum membuat bayaran yuran PIBG.