Lesen jual arak: Pas WP sokong garis panduan baharu DBKL

Iklan
Garis panduan dan syarat pelesenan baharu penjualan minuman keras yang digariskan DBKL adalah langkah awal yang signifikan dan tepat pada masanya. - Foto 123RF Gambar kecil:Azhar Yahya

BADAN Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan (BPPWP) ingin menzahirkan sokongan terhadap Garis Panduan dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuat kuasa 15 November lalu.

Garis panduan dan syarat pelesenan baharu yang digariskan adalah langkah awal yang signifikan dan tepat pada masanya.

Iklan
Iklan

Perkara ini bagi memastikan pengawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjualan minuman keras berlaku secara terkawal demi kesejahteraan masyarakat awam terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hal yang demikian disebabkan kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kes kemalangan disebabkan pemandu mabuk yang menjadi isu nasional ketika ini.

Iklan

Peningkatan kes tersebut mendorong kepada desakan terhadap pengawalan penggunaan minuman keras dalam masyarakat pada hari ini.

Pada Jun lalu, BPPWP dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Strategik Pas Wilayah Persekutuan menyerahkan kepada pihak Kerajaan termasuklah Kementerian Wilayah Persekutuan suatu dokumen cadangan polisi berkenaan isu pemandu mabuk terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan

Berdasarkan semakan sehingga kini, kira-kira 70 peratus daripada cadangan dikemukakan tersebut mendapat perhatian pihak berwajib.

Langkah DBKL mengeluarkan suatu garis panduan baharu terhadap syarat permohonan lesen itu merangkumi sebahagian besar daripada cadangan polisi dikemukakan BPPWP sebelum daripada ini.

Antara beberapa aspek positif daripada dokumen Garis Panduan dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras ialah tidak lagi membenarkan lesen baharu terhadap penjualan minuman keras (liquor yang memabukkan) di Kedai Runcit/ Serbaneka/ Ubat Cina berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Selain itu, penetapan had masa penjualan minuman keras, kod warna bagi minuman yang minum di kedai atau boleh dibawa pulang serta perkhidmatan"designated driver” berbentuk e-hailing kepada pemabuk bagi mengelakkan kes kemalangan.

Bagamainapun, masih terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian terutamanya penjualan bir yang masih dibenarkan di kedai runcit, serbaneka dan ubat cina selepas tempoh 1 Oktober 2021 meskipun had masa dan beberapa syarat ketat diletakkan DBKL.

Hal yang demikian adalah kerana tafsiran minuman keras (liquor) dan bir yang masih tidak diselaraskan.

BPPWP akan terus memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan konstruktif bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di Wilayah Persekutuan terus terjamin dan terpelihara.

Pengawalan terhadap kemusnahan yang dibawa minuman keras adalah aspek penting yang tidak boleh sesekali dipandang enteng memandangkan ia punca kerosakan sosial yang berlaku sejak sekian lama.

* Azhar Yahya ialah Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan