Bukan belanjawan 'copy paste'

Iklan
Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini yang mendakwa Belanjawan Kedah 2021 sebagai belanjawan 'copy paste'.

Menurut Muhammad Sanusi, tuduhan seumpama itu satu penghinaan terhadap pegawai kerajaan negeri yang bertungkus lumus menyediakan belanjawan bertemakan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.

Iklan
Iklan

"Pelbagai aspek diambil kira dalam penyediaan belanjawan ini. Mana boleh sekadar ‘copy paste' seperti didakwa ADUN pembangkang. Kenyataan seumpama itu tidak sewajarnya disebut oleh seorang ADUN,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ditangguhkan hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, antara aspek penting yang dijadikan rujukan termasuk lanjutan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan kehadiran 2021 sebagai tahun pertama RMK12 yang turut melibatkan pelbagai pelan pembangunan dirancang kerajaan Persekutuan untuk Kedah.

Iklan

"Ini hasil usaha pegawai kerajaan, agensi dan jabatan yang bekerjasama merangka dan merumuskan belanjawan bermula dari awal tahun lagi berdasarkan keperluan masing-masing,” katanya.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan sulung Perikatan Nasional (PN) Kedah yang dirangka dalam suasana ekonomi menguncup akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) yang diramal berlarutan sehingga tahun depan.

Iklan

Muhammad Sanusi turut menepis dakwaan pembangkang apabila dikatakan tidak realistik dalam merangka bajet berkenaan.

"Mungkin mereka buat-buat tak faham dan pertikai kononnya apa dibentang tidak realistik. Mungkin pada pandangan mereka patut letak anggaran belanjawan RM504 juta berdasarkan kepada kebolehkutipan hasil dan bukannya RM720 juta.

"Tanggapan itu salah. Anggaran belanjawan mestilah berdasarkan kepada peraturan-peraturan seperti bayaran wajib boleh dikutip seperti cukai tanah, premium tanah, tunggakan hasil yang wajib dimasukkan sebagai anggaran pendapatan negeri. Sebab itu jumlahnya RM720 juta,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Belanjawan Kedah 2021 akhirnya mendapat sokongan semua 36 ADUN dan diluluskan pada persidangan itu.

"Belanjawan yang pertama buat saya sebagai Menteri Besar baharu dan mendapat sokongan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang walaupun ada teguran dan pandangan membina untuk diberi perhatian pada peringkat pelaksanaan nanti.

"Sebagai ketua kerajaan, saya akan pastikan belanjawan yang diluluskan digunakan sebaik mungkin kerana ia adalah amanah bagi kita semua. Setiap sen akan dibelanjakan mengikut peraturan dan prosedur,” katanya.

Muhammad Sanusi turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pegawai tadbir agar amanah dalam menguruskan peruntukan RM720 juta selain peruntukan pembangunan sebanyak RM200.99 juta.

"Kita pelaksana yang membelanjakan harta awam, ingatlah urus tadbir dengan baik amanah ini dan elakkan pembaziran, jangan boros atau terlalu kedekut pula,” katanya.

Dalam pada itu, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang DUN Kedah ke-14 ini menyaksikan Timbalan Speaker DUN Kedah, Ahmad Fadzli Hashim yang juga ADUN Pantai Merdeka dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa kira-kira wang (PAC) Kedah.

ADUN Kubang Rotan, Mohd Asmirul Anuar Aris pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PAC Kedah.

Mengulas pelantikan itu yang lazimnya dipengerusikan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi berkata, perubahan dasar itu ditentukan oleh kerajaan yang memerintah.

"Itu dasar lama kerajaan Pakatan Harapan (PH). Saya ubah pendirian itu untuk kelancaran kerja. Apabila ketua pembangkang ketuai PAC, ada sedikit canggung dan maklumat diterima tidak lengkap."Dalam konteks Kedah lebih sesuai wakil kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bajet 2021 Kedah biasa-biasa saja'