Hospital Tumpat jadi hospital Covid-19

Iklan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan Hospital Tumpat tidak lagi menerima kemasukan kes, selain kes Covid-19 bermula malam tadi.

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan Hospital Tumpat tidak lagi menerima kemasukan kes, selain kes Covid-19 bermula malam tadi.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin yang mengesahkan perkara itu berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada kesiapsiagaan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya peningkatan kes Covid-19.

Iklan
Iklan

Kes-kes dari Unit Kecemasan dan Trauma yang memerlukan kemasukan ke wad, akan dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM), Hospital Tengku Anis (HTA) di Pasir Puteh dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2) Kota Bharu, katanya.

"Bermula tengah malam tadi Hospital Tumpat akan beroperasi sebagai hospital bagi rawatan Covid-19 sepenuhnya. Sekiranya ada pesakit biasa yang boleh dirawat di klinik, sila dapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jika ada kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera seperti serangan jantung, sesak nafas yang kritikal dan sebagainya yang membahayakan nyawa, pesakit boleh mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat.

Namun begitu sekiranya perlu dimasukkan ke wad, pesakit akan dihantar ke hospital lain.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Dr Zaini berkata, sehingga semalam, terdapat 240 kes positif Covid-19 direkodkan di negeri ini.

- Bernama