Penggiat industri pelancongan dibantu

Iklan
Loy Sian (lima dari kanan) menyampaikan bersasar secara 'one-off' RM1,000 seorang kepada seramai 553 penggiat industri pelancongan di Selangor semalam.

SHAH ALAM - Seramai 553 penggiat dan pemain industri pelancongan di Selangor menerima sumbangan RM1,000 menerusi penyerahan bantuan insentif khas bersasar semalam.

Penyerahan itu merupakan sebahagian daripada Pakej Pemulihan Ekonomi Selangor seperti diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Julai lalu.

Iklan
Iklan

Exco Pelancongan, Alam Sekitar Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, menerusi penyerahan itu, sebanyak RM553,000 diperuntukkan sebagai insentif membantu penggiat dan pemain industri pelancongan di negeri ini yang terkesan dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Jumlah penerima merangkumi 486 pemandu pelancong berlesen dan berdaftar dengan Selangor Tourist Guide Association (SGTA), 16 pengusaha rumah inap yang diperakui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) serta 51 Hos Komuniti Selangor,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Bilik Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam.

Iklan

Menerusi Pakej Pemulihan Ekonomi Selangor, Loy Sian berkata, kerajaan negeri turut menggariskan Pakej Bantuan Sektor Pelancongan menerusi penerbitan Subsidi Baucar Pelancongan Selangor dengan peruntukan RM2 juta.

Beliau berkata, pakej bantuan kedua dalam sektor pelancongan di Selangor sedang dikemas kini dan berada pada peringkat akhir pelaksanaannya.

Iklan

"Pakej bantuan ini dijangka dilancarkan pada pertengahan bulan hadapan mengikut situasi semasa Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, pemberian Subsidi Baucar Pelancongan Selangor adalah seiring dengan pelaksanaan kempen promosi pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu’ yang diperkenalkan oleh Tourism Selangor.

"Kempen ini memberi penekanan kepada inisiatif promosi serba mampan dengan melibatkan usahasama penggiat industri pelancongan bagi mempromosi tarikan di Selangor,” katanya.