KOTA KINABALU - Mayat seorang lelaki ditemui tergantung pada batang paip air di Sungai Sembulan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pagi tadi.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh salah seorang anggota polis yang memantau kawasan IPD Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati kejadian dipercayai baru berlaku.
"Lelaki terbabit ditemui tergantung dengan kain yang diikat pada paip besi air dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti identiti lelaki itu dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.