Spurs mampu tewaskan City

Iklan
Mourinho. - Foto goal.com

PASUKAN di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspurs dilihat mampu menewaskan Manchester City pada aksi saingan di Stadium Tottenham Hotspurs awal pagi nanti.

Bekas bintang Spurs Dimitar Berbatov, berkata berdasarkan prestasi semasa skuad kendalian Jose Muorinho itu dilihat mampu melakar kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta EPL.

Iklan
Iklan

Malah katanya, rekod 19 jaringan yang dicatatkan Spurs setakat ini juga membuktikan Mourinho dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mengemudi skuad The Lilywhites itu.

"Musim ini genap setahun sejak Mourinho menggalas tanggungjawab selaku pengurus Spurs di sebalik tanggapan penyokong yang tidak gembira dengan kedatangannya.

Iklan

"Rasanya mereka sudah tidak lagi merungut kerana Mourinho telah mengemudi Spurs ke arah yang betul dan permainan Spurs juga bukan sekadar bertahan semata-mata; lihat sahaja aksi mantap yang dipamerkan Son Heung-Min.

"Jelas, Mourinho telah membawa Spurs ke arah yang betul sejak mengambil pengurusan daripada Mauricio Pochettino mulai November 2019 lalu,” katanya.

Iklan

Sejak saingan EPL musim 2020/21 bermula, skuad The Lilywhites itu telah mencatatkan keputusan yang sungguh memberangsangkan dan kini berada pada tangga kedua dengan 17 mata hasil lima kemenangan, seri dua kali dan hanya tewas sekali daripada lapan perlawanan setakat ini.

Malah menurut Berbatov, pengendali Portugal berusia 57 tahun itu telah berjaya mengemudi skuad The Lilywhites itu hingga berjaya menduduki tangga keenam EPL musim lalu dan beraksi dalam saingan kelayakan Liga Europa musim lalu.

Sementara itu Berbatov berakta, aksi Spurs dan City awal pagi nanti juga bakal menyaksikan pertembungan dua pengendali terkemuka, Mourinho dan Guardiola.

"Pertembungan kedua-duanya kali ini sejak aksi El-Clasico di La Liga (Real Madrid/Barcelona) kemudian aksi derby Manchester (Manchester United/Manchester City) pasti berbeza kerana akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

"Oleh itu, rasanya, tiada lagi ‘perang mulut’ antara mereka berdua kerana sudah pasti mereka tidak mahu ia dirakam di kamera televisyen,” katanya.