KPDNHEP sahkan Petrol RON95 bercampur air

Iklan
Penguat kuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan di stesen minyak berkenaan di Besut.

BESUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Besut sedang menyiasat dakwaan yang tular di media sosial berkaitan sebuah stesen minyak di daerah ini yang dikatakan menjual petrol RON95 bercampur air.

Ketua cawangannya, Azani Ismail berkata, bertindak daripada berita tular di Facebook sejak kelmarin itu, tiga anggota penguat kuasa menjalankan siasatan ke atas aduan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati satu tangki yang menyimpan bahan api RON95 di stesen minyak tersebut terbukti bercampur dengan air akibat hujan lebat.

"Pengurus stesen minyak itu mula menyedari kejadian berkenaan sekitar jam 8.30 pagi pada hari kejadian (Rabu) setelah menerima aduan daripada pengguna dan segera memberhentikan operasi.

Iklan

"Pihak pengurusan stesen minyak juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 23 buah kereta mengalami kerosakan ganti rugi iaitu sebanyak RM4,798 sudah dibayar kepada kesemua pemilik kenderaan terbabit.

"Selain itu, pengurusan stesen minyak juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11,000 kerana tidak dapat beroperasi ketika proses mencuci tangki dan pengasingan air menjadikan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM15,798,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Jelas Azani, pihak stesen minyak itu juga memaklumkan semua pengguna yang mengisi petrol RON95 di premis itu bermula jam 7 pagi hingga 8.30 pagi untuk membuat tuntutan.

Rentetan daripada kejadian berkenaan, pihak pengurusan stesen minyak telah memohon maaf kepada pengguna dan akan memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.