Kanak-kanak terperangkap setengah jam dalam kereta

Iklan
Kanak-kanak tersebut dipeluk ibunya selepas berjaya diselamatkan di Taman Widuri, Sungai Jawi, Nibong Tebal petang tadi.

NIBONG TEBAL - Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam sebuah kereta yang berkunci, di Taman Widuri, Sungai Jawi, di sini petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ibu kanak-kanak itu pada jam 4.58 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki berada di dalam sebuah kereta Proton Saga di sebuah rumah di taman tersebut.

"Ketika tiba di lokasi, kita mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan baik namun sedikit ketakutan.

Iklan

"Kanak-kanak tersebut tidak berupaya untuk berbuat apa-apa menyebabkan kita terpaksa memecahkan cermin belakang kereta berkenaan untuk mengeluarkannya," katanya ketika dihubungi tadi.

Anggota bomba terpaksa memecahkan tingkap belakang kereta untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Taman Widuri, Sungai Jawi, Nibong Tebal petang tadi.

Menurut ibunya, kanak-kanak itu terperangkap di dalam kereta tersebut sejak setengah jam lalu.

Iklan

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati, kanak-kanak tersebut diletakkan oleh ibunya ke dalam kereta sebelum ia terkunci secara 'auto lock'.

"Difahamkan, sebelum kejadian, mereka sekeluarga ingin keluar berjalan-jalan. Ibu kanak-kanak tersebut meletaknya terlebih dahulu ke dalam kereta namun kereta itu terkunci secara 'auto lock'.

"Panik dengan kejadian itu, ibunya terus menghubungi bomba untuk bantuan," katanya.