Motosikal terbakar, Ebit Lew hadiahkan yang baharu

Iklan
Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada Amran berikutan motosikal lamanya terbakar pada Isnin lalu.- Foto Facebook Ebit Lew

JOHOR BAHRU - Simpati dengan nasib yang menimpa seorang lelaki orang asli yang tular selepas motosikal ditungganginya terbakar, penceramah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepadanya.

Ebit menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam laman Facebook hari ini berkata, beliau sebak membaca kisah lelaki berkenaan, Amran Ronggi, 29, yang berusaha mendapatkan bantuan untuk keluarganya.

Iklan
Iklan

"Sebak rasa baca pasal abang bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Hari ini saya belikan motor baharu hadiahkan kepada abang ini serta sedikit duit belanja.

"Terima kasih kepada Polis Johor bersama saya hari ini. Syukur ramai datang bantu," katanya.

Iklan
Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada Amran berikutan motosikal lamanya terbakar pada Isnin lalu.- Foto Facebook Ebit Lew

Ebit turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 84 buah keluarga yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Kuala Masai itu.

Isnin lalu, motosikal ditunggang Amran dan dua orang anaknya terbakar di Plaza Tol Senai ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan di Baitulmal.

Iklan

Kejadian itu dikongsi laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sebelum menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan.