Bersatu perangi Covid-19, ke arah pemulihan ekonomi serantau: PM

Iklan
Muhyiddin (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya malam ini. Turut sama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru para pemimpin Asia Pasifik untuk saling bersatu ke arah mengemudi rantau ini ke landasan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang padu, inklusif dan mampan.

Beliau berkata, ekonomi-ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang membentuk kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global memainkan peranan penting dalam menerajui pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Iklan
Iklan

"Kita perlu berdagang dan melabur untuk keluar daripada kegawatan ekonomi sekarang,” katanya dalam ucapan perasmian beliau pada mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) yang diadakan secara maya sepenuhnya buat pertama kalinya, di sini malam ini.

Meskipun menekankan kepada kepentingan perpaduan, Muhyiddin juga menggesa para pemimpin untuk mengelakkan sebarang gangguan dan menumpukan kepada usaha mencari penyelesaian serantau bagi menangani pandemik Covid-19.

Iklan

"Hari ini, ketika kita bekerjasama bersama-sama sebagai satu rantau untuk mengurangkan impak Covid-19, APEC telah menjadi semakin relevan.

"Kita perlu bersatu memerangi Covid-19, dan oleh itu amat penting bagi penduduk di seluruh dunia mendapat akses kepada vaksin dan teknologi kesihatan secara sama rata dan pada kos berpatutan,” katanya.

Iklan

Muhyiddin, yang juga pengerusi mesyuarat tahun ini melihat APEC sebagai inkubator merangkap pemboleh yang menyediakan rangka kerja yang betul bagi melaksanakan idea ekonomi secara suka rela, tidak terikat dan sepakat.

Perdana Menteri menyedari bahawa ekonomi-ekonomi anggota sering mengutarakan konsep baharu dalam platform ini, walaupun agak ragu-ragu untuk melakukan perkara yang sama di forum pelbagai hala lain. - Bernama