Keputusan pengadil meragukan

Iklan
Kesebelasan PKNP FC. - Foto PKNP FC

PKNP FC akan mengemukakan laporan kepada pihak MFL berhubung beberapa keputusan pengadil perlawanan yang dilihat meragukan ketika berdepan Kedah di Stadium Perbandaran Manjung, semalam.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, banyak keputusan pengadil yang dilihat meragukan hingga merencatkan hampir keseluruhan perlawanan.

Iklan
Iklan

"Saya terima keputusan (perlawanan), tetapi agak sangsi dengan beberapa keputusan pengadil yang menjadi tanda tanya.

"Kita boleh terima kekalahan, cuma kami beraksi di ‘home’ tetapi dinafikan banyak keputusan yang meragukan.

Iklan

"Kita juga terkilan apabila melihat kepada kesungguhan pemain tetapi mereka hampa apabila dinafikan hak menjaringkan gol,” katanya sejurus tamat perlawanan, semalam.

Untuk rekod PKNP tewas 0-2 kepada Kedah hasil jaringan Shakir Hamzah pada minit ke-66 dan pemain import, Jonatan Bauman pada minit ke-87.

Iklan

Sementara itu Abu bakar berkata, PKNP FC akan melakukan persiapan bagi mengharungi aksi kedua berdepan Felda United Sabtu depan.

Katanya, beberapa rombakan juga mungkin akan dibuat dalam usaha memantapkan lagi persefahaman serta keserasian pemain.

"Serangan kita mungkin agak perlahan kerana ada pemain yang baru digandingkan dalam tempoh 10 hari sebelum perlawanan ini.

"Namun, saya yakin keserasian itu akan tiba juga nanti,” katanya.