PLUS, syarikat lebuh raya pertama menang AEA 2020

Iklan
PLUS diumum sebagai naib juara Kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar dalam Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2020. - Foto sumber internet

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul syarikat pengendali lebuh raya pertama memenangi Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2020 yang diadakan secara maya dari Hanoi, Vietnam, Khamis lepas.

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat berkenaan diumum sebagai naib juara Kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar dalam anugerah itu yang melibatkan syarikat pelbagai sektor lain seperti hotel dan perubatan.

Iklan
Iklan

Pencapaian PLUS dalam AEA 2020 adalah melalui kecekapan pengurusan tenaga, bagi penggunaan elektrik di bangunan Persada PLUS.

Persada PLUS berjaya mencatat pengurangan penggunaan tenaga dan menambah baik ‘Building Energy Intensity’ (BEI) dengan penurunan penggunaan tenaga tahunan kepada 15 peratus pada tahun 2019 berbanding 2016.

Iklan

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, kemenangan berganda itu adalah pengiktirafan terhadap semua inisiatif kelestarian yang dilaksanakan di bawah pelan lima tahun ‘PLUS Green Roadmap’, untuk mentransformasikan PLUS sebagai syarikat hijau.

"Pelan ‘PLUS Green Roadmap’ mendorong strategi PLUS untuk memelihara alam sekitar dalam jangka masa lima tahun, dengan pendekatan yang paling inovatif sehingga tahun 2022.

Iklan

"Kami juga menyasarkan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lebuh raya PLUS menerusi pelaksanaan teknologi, amalan dan budaya hijau yang kontemporari dan relevan, serta memberi manfaat kepada industri,” katanya.

PLUS mewakili Malaysia ke AEA 2020 setelah dinobatkan pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) kategori Pengurusan Tenaga bagi Bangunan Besar sebelum ini. - Bernama