Swag Pomade tampil kelainan

Iklan
Mohd Rozailmee menunjukkan pelbagai jenis Swag Pomade yang dijual di pasaran.

PENGGUNAAN pomade mula menjadi trend anak muda sejak 2016 dan semakin popular kerana dipercayai tidak membuatkan rambut cepat rosak berbanding ‘wax’ yang sebahagian besar dihasilkan daripada bahan kimia.

Untuk memastikan kaum lelaki juga tampil bergaya dan kemas, Sakura Industries memperkenalkan pomade berjenama Swag dalam pasaran sejak tiga tahun lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, Swag Pomade amat selesa digunakan walau sepanjang hari kerana ia mampu menyuburkan rambut susulan bahan yang digunakan adalah ‘argan oil’, ‘olive oil’ dan ‘waterbase’.

"Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza, iaitu menggunakan ‘argan oil’, ‘olive oil’ atau ‘waterbase’. Juga terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak,” katanya.

Iklan

Menurutnya, harga juga berpatutan dan mampu dimiliki dan dijual pada harga RM28 bagi setiap 120 gram.

"Produk ini boleh didapati di seluruh Tesco di Malaysia, jualan di pasar raya ini sudah masuk tahun ketiga dan sambutan amat luar biasa,” katanya.

Iklan

Mohd Rozailmee berkata, ia bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi.

"Produk ini sesuai untuk semua lapisan umur kerana tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan pomade ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin,” katanya.

Menurutnya, selain mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya.

Menurutnya, Swag Pomade boleh didapati dan dibeli secara atas talian seperti Lazada, Shoppe, 11street atau Facebook dan di Instagram,” katanya.

"Syarikat turut mengeluarkan beberapa produk penjagaan diri khusus untuk lelaki seperti deodoran, gel mandian dan penjagaan wajah,” katanya.