Liverpool perlu beri peluang pemain muda beraksi

Iklan
Curtis Jones dan Rhys Williams (kanan) perlu diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

MASALAH kecederaan sebahagian besar pemain Liverpool boleh diatasi sekiranya beberapa pemain muda seperti Curtis Jones dan Rhys Williams diketengahkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Pendapat itu disuarakan pertahanan Leicester City, James Justin yang turut mengakui skuad The Foxes juga berdepan masalah sama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan The Reds di Anfield, awal pagi Isnin nanti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, skuad kendalian Jurgen Klopp itu dilihat memiliki ramai pemain yang bagus dan boleh diketengahkan bagi membantu pasukan mengharungi perlawanan berkenaan.

"Musim ini memang agak sukar hingga menyebabkan kecederaan dalam kalangan pemain bagi beberapa pasukan, termasuk Leicester City.

Iklan

"Bagaimanapun, perlu diingat bahawa kita bukannya hanya membina kesebelasan utama, tetapi kita sebenarnya membina sebuah pasukan.

"Oleh sebab itulah masalah (kecederaan pemain utama) berlaku untuk memberikan peluang kepada pemain lain beraksi dan bagi saya Jones dan Williams memang layak untuk diturunkan sebagaimana yang pernah dilakukan Brendan Rogers kepada saya,” katanya.

Iklan

Untuk aksi berdepan skuad The Foxes nanti, beberapa pemain utama Liverpool seperti Vigil van Dijk, Joe Gomez dan Trent Alexander-Arnold disahkan tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan.

Selain itu, penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah turut tidak dapat beraksi kerana disahkan positif Covid-19 manakala Andy Robertson, Thaigo Alcantara dan Jordan Henderson pula masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan.

Sementara itu, Justin menegaskan dia kini mula memasang impian untuk beraksi di peringkat lebih tinggi setelah diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama The Foxes.

Katanya, setelah menunggu sekian lama berikutan kecemerlangan Ben Chilwell dan Ricardo Pereira membantu kejayaan pasukan sejak kebelakangan ini.

"Kini saya memiliki peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan hasil perpindahan Chilwell ke Chelsea serta masalah kecederaan Pereira.

"Saya juga akan membuktikan kepada semua pihak bahawa saya adalah pemain senior bagi The Foxes,” katanya.