Fabinho kemudi pertahanan The Reds berdepan The Foxes

Iklan
Fabinho. - Foto Liverpool.com

PEMAIN tengah Liverpool, Fabinho berkemungkinan besar diberikan tanggungjawab sekali lagi untuk mengemudi benteng pertahanan pada aksi berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Leichester City di Anfield awal pagi (Isnin), nanti.

Pengendali The Redsm Jurgen Klopp berkata, masalah kecederaan Thiago Alcantara serta pertahanan kental Virgil Van Dijk kini menyaksikan hanya Fabinho calon paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, masalah kecederaan Alcantara dijangka akan berpanjangan setelah pertahanan Sepanyol itu mula tidak beraksi bersama The Reds sejak aksi derby menentang Everton di Goodison Park 17 Oktober lalu.

"Alcantara mengalami kecederaan lutut setelah berlaga dengan penyerang Everton, Richarlison pada perlawanan berkenaan.

Iklan

"Bagaimanapun, saya berharap agar dia akan segera pulih. Kita juga berharap Van Dijk juga segera pulih untuk kita perkuatkan pasukan kita.

"Bagaimanapun, kita tidak akan tergesa-gesa dalam perkara ini. Lagi pun, kita mahukan dia beraksi di sepanjang musim ini dan bukannya hanya untuk satu perlawanan sahaja,” katanya.

Iklan

Sementara itu Klopp menegaskan dia tidak pasti samada Liverpool akan menyasarkan untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu pada jendela perpindahan pemain Januari depan.

Katanya, biarpun skuad The Reds itu dilihat berdepan masalah di benteng pertahanan berikutan kecederaan pemain-pemain utamanya, dia tetap yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain sedia ada untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

"Saya tidak tahu apa yang boleh kita lakukan pada Januari nanti; lagi pun ketika di Dortmund dahulu saya juga memiliki pertahanan berusia 19 dan 20 tahun iaitu Mats Hummels dan Neven Subotic yang kemudiannya beraksi cemerlang bersama pasukan.

"Kali ini di sini (Anfield), kita juga memiliki pemain berusia 18,19,23 yang lebih berpengalaman dan mungkin dalam masa beberapa minggu kita akan ada pula pemain tengah bertahan.

"Oleh itu, kita akan terus menggunakan apa (pemain) yang kita ada dan saya yakin ia akan berkesan,” katanya.