Mayat dicampak atau dilanggar kenderaan berat

Iklan
Laporan Sinar Harian 19 November lalu.

KUALA LUMPUR - Laporan bedah siasat ke atas mayat yang ditemui di Jalan Bangsar di sini kelmarin mendapati mangsa dipercayai dicampak atas jalan raya atau dilanggar kenderaan berat selepas dibunuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, terdapat kesan kecederaan yang diakibatkan benda tumpul.

Iklan
Iklan

"Punca kematian mangsa dipercayai dibunuh dan dicampakkan di atas jalan raya atau dilanggar kenderaan berat.

"Kita masih meneruskan siasatan, tiada saksi lagi setakat ini kerana identiti mangsa masih belum diperoleh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, orang ramai yang mengetahui kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan dengan membuat laporan polis.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam.

Iklan

Polis menerima panggilan pada jam 5.38 pagi berkenaan penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi terbabit.

Siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan dengan kesan senjata tajam di beberapa anggota badan.

Kejadian itu menyebabkan laluan berkenaan ditutup kira-kira selama sejam bermula jam 7.30 pagi berikutan siasatan perlu dilakukan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kes bunuh, laluan di Jalan Bangsar ditutup

Mayat atas Jalan Bangsar ada kesan tetak