Usahawan tani muda perlu ceburi tanaman jagung

Iklan
Hamzah (tengah) dan Ghazale (kiri) menunjukkan Jagung Purple dan jagung manis yang diusahakan Koperasi Komong Jaya Berhad di Kampung Chin Chin

JASIN - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menggalakkan usahawan tani muda menceburi tanaman jagung termasuk Jagung Ungu yang dilihat berpotensi untuk memberikan pulangan lumayan dan semakin mendapat sambutan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sekiranya sektor penanaman itu diusahakan secara serius, hasilnya mampu dieksport ke luar negara berdasarkan maklum balas daripada pihak yang mengusahakan tanaman itu lebih-lebih tanaman itu mampu memberikan manfaat kepada kesihatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain jagung manis pelbagai gred, tanaman yang lebih dikenali sebagai Jagung Purple ini juga semakin menjadi tumpuan walaupun dalam situasi pandemik koronavirus (Covid-19) kerana dipercayai sebagai makanan anti kanser.

"Sebagai contoh, tanaman Jagung 'Purple' dan Jagung Mutiara yang diusahakan oleh Koperasi Komong Berhad di Chin Chin di kawasan seluas 18.6 hektar ini telah mampu menjadi pengeluar jagung terbesar di Melaka sehingga mampu dituai sebanyak 350,000 tongkol jagung pada satu-satu musim.

Iklan

"Justeru orang ramai khususnya anak muda perlu menjadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk mereka terus maju dalam sektor pertanian demi pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ladang Jagung Koperasi Komong Jaya Berhad di Kampung Chin Chin di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Muhamad.

Dalam pada itu Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata pihaknya juga berhasrat untuk melakukan kajian lanjut berhubung kesahihan Jagung Purple sebagai anti kanser.

Katanya, memandangkan hasil tanaman itu mampu mengeluarkan hasil yang cepat dalam tempoh tiga atau empat bulan, maka kajian pengesahan berhubung khasiatnya sebagai anti kanser perlu dilakukan termasuk mendapatkan kerjasama daripada agensi berkaitan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam merealisasikan kajian tersebut.

"Sekiranya kajian menyeluruh telah dilakukan mengenai khasiat sebenar Jagung Purple, ia akan menjadi satu berita baik bagi industri makanan negara dalam mengkomersialkan satu lagi makanan kesihatan.

"Kita akan cuba mengusahakan kajian itu di mana saya sendiri akan maklumkan kepada jabatan dan MARDI untuk membuat pengesahan mengenai khasiatnya sebagai makanan anti kanser" katanya.