RIYADH - Kumpulan G20 sudah menunjukkan kekuatan dan keupayaan dalam usaha untuk mengurangkan impak pandemik koronavirus (Covid-19) kepada dunia.
Kenyataan itu dikeluarkan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menerusi Twitter menjelang ucapan pembukaan Sidang Kemuncak G20 Riyadh yang akan berlangsung secara maya hari ini.
Iklan
Iklan
"Arab Saudi mengalu-alukan sidang kemuncak bersama pemimpin negara G20 yang dipengerusikan kami pada tahun ini. Tanggungjawab kami adalah untuk menuju masa depan lebih baik, sihat dan sejahtera untuk semua," kata baginda.
Persidangan pada tahun ini yang diadakan secara sesi dalam talian akan memberi fokus kepada isu global yang mendesak termasuk perubahan iklim ketidaksamaan yang semakin meningkat.
Selain itu, perbincangan tersebut juga akan menumpukan kepada implikasi pandemik dan langkah untuk memulihkan ekonomi global. - Agensi