Libas polis dengan rantai gergaji

Iklan
Rantai mesin gergaji besi digunakan suspek untuk cederakan anggota polis di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Sabah.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga asing ditahan selepas menyerang anggota dan pegawai polis menggunakan rantai mesin gergaji di Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 21 tahun bertindak menyerang polis ketika dihampiri selepas dia dilihat sedang menghidu gam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku ketika pasukannya sedang membuat rondaan dalam Op Poket di kawasan itu.

"Ketika memperkenalkan diri sebagai polis, lelaki terbabit terus memaki hamun dan mengugut untuk membunuh anggota polis itu.

Iklan

"Suspek kemudiannya bertindak melibas rantai besi beberapa kali ke arah pasukan polis sebelum ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu salah seorang anggota polis cedera di kaki dan tangan kanan manakala suspek tidak cedera.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

"Rantai mesin gergaji yang digunakan sebagai senjata dipercayai diubahsuai turut dirampas dan dibawa ke balai polis," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958