MU bernasib baik catat kemenangan

Iklan
Ole Gunnar Solskjaer

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya bernasib baik dapat mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old trafford awal pagi tadi.

Menurutnya, pasukannya bernasib baik kerana berjaya meraih tiga mata disebalik keputusan pengadil perlawanan yang membatalkan penalti West Bromwich pada babak kedua.

Iklan
Iklan

Dalam insiden tersebut, Bruno Fernandes dipersalahkan selepas menjatuhkan Conor Gallagher di dalam kotak penalti dan pengadil David Coote memberikan penalti kepada West Bromwich.

Namun, hasil penelitian teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR), Coote mengubah keputusan dan membatalkan keputusan penalti tersebut.

Iklan

"Dalam fikiran saya, West Bromwich patut dapat penalti. Namun, keputusan telah dibuat oleh pengadil. Jika penalti itu dibenarkan kemungkinan keputusan ini akan berbeza.

"Kami mungkin bernasib baik. Tetapi, sudah ada yang lebih pakar membuat keputusan, jadi mungkin undang-undang penalti itu berbeza daripada apa yang saya nilai," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, United juga mendapat penalti selepas bola terkena tangan pertahanan West Bromwich, Darnell Furlong dan disempurnakan oleh Bruno Fernandes pada minit ke-53 yang juga menjadi gol kemenangan buat The Red Devils.

"Persembahan para pemain kali ini kurang memuaskan. Namun, kadang-kadang tiga mata itu adalah lebih berharga berbanding persembahan yang ditunjukkan pemain dan ini kemenangan pertama di tempat sendiri musim ini.

"Perlawanan pertama selepas tugasan antarabangsa memang tidak mudah namun kami berjaya menang dan kami perlu terus konsisten dengan mencatat lebih banyak kemenangan seperti ini," kata Solskjaer.