Kompleks Ujana Kewangan Labuan ditutup, pekerja positif Covid-19

Iklan
Anggota Pasukan Tindakan Kecemasan Financial Park Labuan lengkap dengan alat pelindung diri (PPE) menjalankan proses pembasmian kuman di Kompleks Ujana Kewangan Labuan hari ini. - Foto Bernama

LABUAN - Kompleks Ujana Kewangan Labuan di sini ditutup sementara bermula hari ini selepas beberapa pekerja di situ disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Menurut Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan di setiap premis di aras satu dan dua kompleks tersebut.

Iklan
Iklan

"Keputusan penutupan itu dibuat selepas berbincang dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan, mengambil kira risiko kepada orang awam dan juga pekerja di premis lain," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut kenyataan pengurus kompleks, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd, penutupan tersebut melibatkan kesemua bank komersial yang terletak di aras bawah.

Iklan

"Disebabkan peningkatan kes melibatkan peniaga dan pekerja gerai makan serta pusat beli-belah, kompleks ini ditutup selama tiga hari,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, penutupan tersebut tidak melibatkan blok pejabat satu dan empat serta Beta Service Apartment dan Alpha Condominium.

Iklan

Semalam, Kementerian Kesihatan mengenal pasti kluster baharu Sky Coklat berpunca dari kompleks berkenaan selepas enam pekerja di sebuah kedai di situ disahkan positif Covid-19.

Setakat semalam juga lapan individu daripada kluster itu diuji positif dengan seorang dirawat di unit rawatan rapi.

Hingga semalam, Labuan merekodkan 1,227 kes dengan empat kluster aktif iaitu Saguking, Titian,Tenaga dan yang terbaharu Sky Coklat. - Bernama