KULAI - Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.
Pesawat ringan yang mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Kulai pagi tadi.
"Pesawat ringan itu bukan terhempas, tetapi mendarat cemas.
Iklan
"Setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut
Iklan
10 nahas tragis helikopter di Malaysia