Guardiola resah jentera serangan City tumpul

Iklan
Pep Guardiola

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola melahirkan kebimbangan terhadap ketumpulan jentera serangannya apabila The Citizen tewas kepada Tottenham Hotspur 0-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Menurutnya, kegagalan menjaringkan gol itu memberikan kesan besar kepada pasukan walaupun mempunyai deretan peluang untuk menggegar gawang lawan.

Iklan
Iklan

"Pemain bermain dengan perancangan yang telah diatur dengan baik, namun kegagalan menyempurnakan peluang sedikit sebanyak menghukum kami.

"Kami boleh bermain dengan lebih baik. Apabila kami tidak dapat jaringkan gol, pasukan lawan melakukan serangan balas dengan dua atau tiga percubaan dan kemudiannya kami tewas," katanya.

Iklan

Spurs membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Son Heung Min sebelum pemain gantian Lo Celso memastikan tiga mata berharga dengan gol kedua pasukan pada minit ke-65.

City mendominasi perlawanan dengan 67 peratus penguasaan bola dan 22 percubaan berbanding hanya empat dilakukan oleh Spurs.

Iklan

"Kalau melihat kepada statistik, kami sepatutnya menang kerana bermain lebih baik. Tetapi, kami bagaikan mengulangi kesilapan di benteng pertahanan musim ini. Malah, Spurs bertahan dengan baik dan kadangkala bertahan dengan enam pemain.

"Sebelum perlawanan lagi saya dah ingatkan pemain jangan berikan mereka gol awal. Pasukan (Jose) Mourinho memang seperti ini, anda lakukan kesilapan dan mereka akan menghukum dengan serangan balas," kata Guardiola.