Perhilitan pasang tanda amaran buaya di Sungai Marang

Iklan
Laporan penemuan buaya di Sungai Marang oleh Sinar Harian semalam.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan meletakkan papan tanda amaran sementara di Sungai Marang sebagai makluman kepada orang awam tentang kehadiran buaya di sana.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, papan tanda amaran itu akan dipasang selepas kakitangan jabatan itu membuat tinjauan dan pemantauan di sungai berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kawasan itu sebenarnya memang habitat buaya jadi kehadiran haiwan itu di sana bukan perkara pelik. Mungkin musim hujan ini habitatnya sedikit terganggu lalu keluar dan timbul di permukaan.

"Bagaimanapun, kita minta orang ramai khususnya pemancing yang selalu ke kawasan sungai supaya lebih berhati-hati bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Abdul Malek berkata, beberapa penemuan buaya turut dilaporkan di beberapa kawasan di Terengganu sebelum ini termasuk Besut dan Kuala Nerus.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kehadiran buaya di sekitar Sungai Marang sejak lebih seminggu lalu menggemparkan penduduk di sini sekali gus menimbulkan kebimbangan akan tahap keselamatan orang ramai.

Iklan

Walaupun buaya itu dikatakan tidak mengganggu, namun ada kalangan penduduk mengharapkan papan tanda amaran dipasang sebagai langkah keselamatan.

Hassan Basri Yunus, 23, dari Kampung Gong Tepah berkata, beliau mula menyedari kehadiran buaya berkenaan pada 14 November lalu ketika berada di sangkar ikannya yang terletak di Sungai Marang.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka kayu hanyut rupanya buaya