Banjir kilat

Iklan
Suri rumah, Noorhaidah Noordin, 51, membersihkan ruang dapur di rumahnya yang terjejas selepas banjir kilat semalam ketika tinjauan di Kampung Gadek Dalam, hari ini.

Menurutnya banjir kilat semalam tidak seteruk sebelum ini dimana hanya menjejaskan bahagian dapur rumah dan kawasan luar persekitaran sahaja.

Mengikut laporan yang dikeluarkan melalui aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat jam 12 tengah hari, Melaka membuka lima pusat pemindahan sementara melibatkan ketiga-tiga buah daerah dengan jumlah mangsa seramai 406 orang daripada 124 buah keluarga.

Iklan
Iklan