Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26, mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan menjual air jagung sambil memakai kostum adiwira Ironman selepas diberhentikan kerja akibat penularan COVID-19.
Syukur berkata, sejak diberhentikan kerja pada Ogos lalu, adalah sukar baginya untuk mencari pekerjaan lain bagaimanapun beliau berikhtiar untuk memulakan perniagaan sendiri dengan menjual air jagung sejak dua minggu lalu.