Sudah sampai masa kerajaan haramkan arak

Iklan

MINGGU lalu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras yang menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Ramai yang menyambut baik garis panduan baharu DBKL itu. Malah kerajaan sendiri tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di seluruh negara seperti mana kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary kelmarin.

Iklan
Iklan

Isu pengambilan minuman keras sehingga mengundang kemalangan dilihat semakin meruncing, sekali gus menuntut kerajaan untuk mengenakan tindakan yang lebih setimpal, jadi sudah tiba masanya untuk kerajaan mengetatkan penjualan arak secara terbuka.

DBKL lebih terkehadapan dalam isu ini dan langkah itu wajar diikuti oleh pihak berkuasa tempatan yang lain.

Iklan

Pada 2 Jun lalu, DBKL membekukan permohonan baharu lesen minuman keras di Wilayah Persekutuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan.

Bagaimanapun, seperti biasa ada pihak yang memandang sinis usaha DBKL itu, malah ada yang membuat bantahan secara terbuka.

Iklan

Pedulikan apa orang kata kerana negara bukan Islam sendiri telah mula mengharamkan penjualan arak memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Contohnya, Afrika Selatan mengharamkan penjualan arak dalam tempoh 'lockdown' pada 26 Mac lalu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh itu berupaya memutuskan rantaian penyebaran koronavirus (Covid-19).

Begitu juga di Hong Kong apabila Ketua Eksekutif Carrie Lam mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8,600 restoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang Covid-19.

Ketegasan hukum mengharamkan arak itu jelas kerana ia memberi banyak kesan tidak baik buat manusia.

Jika negara bukan Islam boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa kita tidak berani untuk mengambil tindakan yang sama?