AJINOMOTO (Malaysia) Berhad (AMB) menawarkan hadiah menarik berbentuk sebuah 0.6L pengisar peribadi bernilai RM120 setiap satu kepada 20 pemenang bertuah setiap bulan.
AMB menerusi kenyataannya memaklumkan, orang ramai digalakkan untuk menyertai lawatan interaktif dan menyeronokkan secara dalam talian bagi berpeluang menyertai cabutan bertuah itu.
"Lawatan atas talian itu bermula pada 15 September lalu di laman sesawang rasmi Ajinomoto. Peserta hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu 'Watch, Discover & Win' dan ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
"Untuk menyertai cabutan bertuah, peserta perlu menonton video yang disediakan secara dalam talian, lengkapkan soal selidik ringkas dan isi borang penyertaan," menurut kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, demi memenuhi norma baharu yang disebabkan oleh pandemik koronavirus (Covid-19), AMB mengambil inisiatif untuk mengembangkan lawatan secara fizikal Ajinomoto 1909 Infoseum ke lawatan interaktif dan menyeronokkan secara dalam talian.
Katanya, ia bertepatan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mengutamakan keselamatan setiap pelawat.
Lawatan fizikal Ajinomoto 1909 Infoseum telah bermula sejak tahun 2011 dengan lebih 5,000 pelawat setiap tahun.
Initiatif baharu itu dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengunjung terutama mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang.
Layari www.ajinomoto.com.my/onlineinfoseum untuk menyertai dan memenangi hadiah-hadiah menarik.