Salah dah negatif Covid-19

Iklan
Mohammed Salah

PENYERANG sensasi Liverpool, Mohammed Salah berkemungkinan boleh diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Atalanta di Anfield Khamis ini selepas disahkan negatif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dan memberitahu pemain Mesir itu boleh kembali berlatih esok.

Iklan
Iklan

"Itu yang saya dengar. Dia negatif hari ini. Saya rasa daripada sekarang, keputusan ujiannya sudah normal.

"Esok, kami akan ada ujian (calitan) UEFA untuk Liga Juara-Juara dan saya yakin dia boleh sertai kami. Dia juga boleh berlatih dengan kami esok.

Iklan

"Selepas itu, kami juga ada ujian calitan Liga Perdana Inggeris (EPL). Ada dua ujian yang perlu dilalui dan dia juga akan diuji sama seperti kami semua," katanya.

Terdahulu, Liverpool terpaksa beraksi tanpa Mohamed Salah ketika 3-0 ke atas Leicester awal pagi tadi apabila pemain itu diuji positif Covid-19 dipercayai selepas menghadiri perkahwinan adik lelakinya baru-baru ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Salah positif Covid-19

Salah tak berpeluang lawan Leicester City Isnin ini