Mural dan Grafiti

Iklan
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa (kanan) berkata sesuatu kepada peserta Mohamad Fakhri Mohd Salleh, 29, (kiri) semasa melihat mural dan grafiti pada dinding Pasar Borong Kuala Lumpur yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis tempatan ketika hadir pada majlis penyampaian hadiah pertandingan mural dan grafitti Transformasi Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, hari ini. Penghasilan mural dan grafitti daripada pelukis tempatan dengan tema Sayangi Pasar Borong Kita disertai seramai 47 orang peserta adalah dalam kalangan pelukis yang kehilangan punca pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Bernama