Seramai 102 mahasiswa yang menuntut di enam buah institusi pengajian di Labuan dihantar pulang ke negeri masing-masing melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan menggunakan pengangkutan feri ekspres penumpang ke Lawas dan Limbang hari ini. Kesemua mahasiswa adalah dari Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Vokasional, Institut Latihan Perindustrian, Sekolah Menengah MAIWP, Sekolah Menengah Sains dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Proses penghantaran pulang diurus oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan bersama agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan. Ia turut melibatkan kerjasama daripada JBPD Sarawak yang turut tiba di Labuan untuk membawa kesemua mereka pulang ke Bumi Kenyalang. - Foto Bernama
Penghantaran Balik Pelajar Sarawak
Iklan