Speaker kecewa sikap ahli Parlimen pembangkang

Iklan
Azhar Azizan Harun. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kecewa dengan sikap ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan peraturan perbahasan menteri selama 20 minit dan hanya 80 wakil rakyat dibenar berada di dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua ketua whip parti sudah mempersetujuinya dalam pertemuan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Hari Ahad pun saya datang ke pejabat dan nombor WhatsApp saya pun semua dah tahu. Saya sanggup datang malam Ahad untuk mesyuarat tetapi tiada siapa pun yang hubungi saya dalam isu ini.

"Tetapi bila masuk jam 11 pagi hari ini, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Kita sudah setuju namun tiada siapa hubungi saya untuk bangkitkan perkara ini supaya ia boleh dibincangkan terlebih dahulu,” katanya.

Iklan

Terdahulu, sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili tertangguh kira-kira 30 minit selepas ahli Parlimen pembangkang mencelah membangkitkan isu berkenaan.

Isu itu dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) sejurus tamat sesi soal jawab lisan pada jam 11 pagi dan Azhar mengumumkan sesi penggulungan perbahasan berlangsung mulai hari ini hingga Khamis.

Iklan

Azhar memberi ruang setengah jam kepada beberapa ahli Parlimen memberikan pandangan sebelum Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berpendapat Dewan perlu diteruskan mengikut aturan dipersetujui.